Tuesday, May 10, 2011

RAHSIA SUAMI DAN ISTERI

Suami isteri adalah satu ikatan yang murni yang dijalinkan melalui proses pernikahan. Alangkah indahnya waktu itu dimana si jejaka dan pasangannya sibuk dengan persiapan masing-masing hanya untuk menjayakan saat-saat yang diimpikan.

Setiap Suami dan Isteri yang baru melepasi jinjang pelamin sangat intim dan hubungannya tiada masalah serta pertengkaran, maklumla baru diijab.....

Dari sehari hingga ke Minggu,  Dari Minggu sampai ke bulan dan seterusnya sampai ke tahun hubungan mula ada coretan manja dan pedih untuk si suami mahupun si Isteri. 

Selalunya orang tua-tua kita nasihatkan, jangan diceritakan perihal rumahtangga sendiri pada orang luar. Bak kata pepatah orang lama, mulut tempayang boleh ditutup, tetapi mulut manusia dengar je la.

Ada Suami mahupun isteri yang suka menceritakan masalah mereka dalam rumah tangga kepada kawan rapat mereka. Bercerita tidak salah asalkan cerita itu tidak menyebabkan keadaan bertambah buruk.

Semua masalah ada jalan penyelesaiannya, pada si suami janganlah terlalu memberi tekanan pada si isteri, maklumlah ketua keluarga nak tunjuk kuasa.

Untuk si suami cuba, bayangkan sekiranya diri kita berada di tenpat si isteri adakah kita suka akan tindakan berikut ataupun tidak,  fikir-fikirkan lah......

Pada pandangan saya itu adalah jalan yang sesuai bagi meringankan beban kepala memikirkan dan memendamkannya, tetapi pastikan orang yang mendengar itu betul-betul pendengar bukannya pencerita.

Ceritalah kepada kawan yang lain jantina  semoga nanti dapatlah dinasihatkan jalan penyelesaian yang baik. Kerana pada pandangan saya lainan jantina tidak akan menilai dan memburukkan golongannya sendiri.

3 comments:

  1. Bang oiii lain kali buatla perenggan..berpino bijik mata nak membacanya...nway welcome to the club..hehehe

    ReplyDelete
  2. mukadimah terus pasal suami isteri

    ReplyDelete
  3. mana sambungan nih..tak sabar nak baca ngomelan dan tips2 dr en. Zakaria nih..

    ReplyDelete